"Sang Kancil" .... bagi rakyat Malaysia tidak mungkin tidak pernah
mendengar nama haiwan comel dan pintar ini. Cerita hikayat sang
kancil dengan buaya dan juga sang kancil dengan gajah memang
terkenal dan menjadi tauladan ataupun idola kerana kecerdikannya.
Perkataan sang kancil dan cerdik cukup sinonim. Ungkapan cerdik
macam sang kancil merupakan simpulan bahasa yang terkenal.
Bagi kanak-kanak hikayat sang kancil ini merupakan antara cerita
teladan yang paling awal didengari dari mulut atau bacaan cerita
oleh ibu-bapa masing-masing. Ia merupakan pengisian penting bagi
sistem pendidikan awal mereka.
Banyak teladan postif yang dapat dipetik dari kisah kecerdikan
akal sang kacil. Walaupun kecil tetapi dengan akal geliga haiwan
yang lebih besar dan ganas dapat dilemahkan. Di sini kecerdikan
akal lebih dipandang tinggi dan menjadi unsur asas bagi menuju
kejayaan dalam kehidupan. Ukuran badan, tenaga, kekerasan
bukan lah faktor mutlak penentu kejayaan dan kekuasaan.
Tetapi apakah kita sedar, disebalik teladan positif tersebut,
beberapa implikasi buruk yang juga secara lansung telah
tersirat di sebalik kecerdikan anugerah Allah s.w.t itu. Antara
hasil analisa saya, beberapa implikasi dapat dirumuskan:
1. Sang kancil mengunakan taktik menipu di dalam berurusan
dengan sang buaya.
2. Sang kancil mengunakan sang buaya semata-mata bagi
mencapai kepentingan peribadi iaitu bagi memenuhi tujuan
untuk makan buah-buahan segar di seberang sana sungai.
3. Urusan yang dijalankan bersama tetapi hanya memberi faedah
hanya kepada sebelah pihak iaitu sang kancil semata-mata.
4. Sang kancil mempergunakan kepercayaan haiwan lain terhadapnya.
5. Sang kancil menjual nama raja atau Nabi Sulaiman a.s (sesetengah versi) bagi membeli kepercayaan sang buaya.
6. Sang kancil lansung tidak berterima kasih kepada sang buaya yang
telah menahan belakang dan sakit dengan ketukan bagi menolong
sang kancil.
7. Sang kancil boleh dikatakan agak melampau kerana bukan sahaja
menipu tetapi mengambil kesempatan dengan menyakiti sang buaya
dengan ketukan sewaktu mengira.
Saya rasa mungkin lebih banyak lagi implikasi buruk dapat disimpul
dari hikayat sang kancil itu. Bukanlah tujuan saya untuk memandang
rendah hikayat tersebut tetapi saya rasa penilaian semula juga perlu
dilakukan bagi menambah baikan perkembangaan sastera negara dan
juga pembangunan insan di nusantara ini.
(Sambungan) .... Dalam tulisan yang akan akan datang saya akan
cuba untuk menghubungkaitkan implikasi kisah
sang kancil dengan realiti gelagat masyarakat
Melayu di era informasi dan global ini.
Terima kasih kerana membaca.
Wassalam
p/s Klik bagi rujukan hikayat sang kancil
No comments:
Post a Comment